Saturday, April 7, 2007

MP - 25/7/05

Pentas Perayaan meriahkan sambutan Hari Keputeraan
PELBAGAI acara di rancang dan di susun dengan rapi pada setiap tahun bagi memeriahkan sambutan ulangtahun Hari Keputeraan KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. Seperti tahun-tahun yang sudah, tahun ini Daerah Tutong tidak terkecuali dari mengambil peranan yang sama aktif bagi menambah kemeriahan hari kebesaran itu dengan penyediaan program-pogram yang padat dan menarik dari jawatankuasa sambutan perayaan.

Mau sotong tutuk, mai sini....

Seperti lazimnya, gerai-gerai disediakan di musim perayaan bagi memberi peluang kepada para peniaga kecil-kecilan dan sambilan mengembangkan perniagaan mereka. Kesempatan beginilah yang di nanti-nantikan oleh para peniaga bila tiba saja Hari Keputeraan dan pihak penganjur telah menyediakan tempat perniagaan yang selesa yang terletak di kawasan berdekatan dengan Dewan Kemasyarakatan Tutong. Di samping itu, kawasan letak kereta yang baru telah di gunakan untuk memberi keselesaan kepada setiap pengunjung yang menyaksikan persembahan disebabkan lokasinya yang dekat, teratur dan selamat.

Mari, mari, beli satu, dapat satu....
Bermacam-macam jenis jualan boleh didapati dan di tambah lagi dengan “pesta buah” ketika ini. Disamping berhibur dan menikmati jamuan yang ada, acara seperti ini boleh melapangkan fikiran setelah sibuk dengan pekerjaan di siang hari. Kesempatan meluangkan masa bersama-sama keluarga di hari perayaan seperti ini pasti menyeronokkan dan boleh merapatkan lagi hubungan kekeluargaan. Antara acara yang mengambil tempat dan mendapat sambutan yang menggalakkan dari orang ramai ialah persembahan pentas dari Hospital Tutong yang diadakan pada 20hb Julai yang baru lalu. Ianya diadakan di Pentas Perayaan yang di bina khas sempena Hari Keputeraan Baginda Sultan. Acara itu menampilkan persembahan dari berbagai bahagian hospital dalam nyanyian dan sketsa atau lakunan pendek. Jabatan-jabatan lain di daerah itu juga dijemput untuk sama-sama memeriahkan lagi persembahan malam itu disamping penglibatan sama dari ahli keluarga pegawai dan kakitangan hospital.

Banyak topeng ani, malam ani jadi spiderman bisai...

Sepanjang tempoh sambutan, orang ramai berpeluang berkunjung dan ikut serta dalam berbagai acara yang dipertandingkan. Antara acara yang pasti menjadi perhatian umum ialah pesta perayaan rakyat, perlawanan gasing, bintang keputeraan, pertandingan kereta tahan lasak [pacuan empat roda], perlumbaan go kart, pertandingan kanak-kanak sihat, perlumbaan basikal gunung [mountain bike] jelajah Daerah Tutong, persembahan irama gambus keputeraan, tarik kalat, perlumbaan motor cross/endurance dan sebagainya.

Oleh itu, orang ramai adalah dialu-alukan untuk memberi sokongan yang berterusan dengan menghadirkan diri dalam acara-acara yang dianjurkan di daerah ini bagi menambah lagi seri dan kemeriahan sambutan ulangtahun Hari Keputeraan Baginda Sultan yang ke-59 tahun ini.

MP - 11/7/05

Kelab Pusat Belia ditubuhkan untuk generasi muda
TIDAK dinafikan ramai golongan remaja belia hari ini terutama belia lepasan sekolah banyak menghabiskan masa dengan kerja-kerja yang tidak mendatangkan hasil. Dengan melibatkan diri mereka dengan persatuan, kelab dan pertubuhan belia sekurang-kurangnya dapat mengisi masa yang terluang untuk kegiatan-kegiatan yang lebih berfaedah terutama pada hari Jumaat, Ahad dan hari-hari kelepasan awam. Oleh itu, program perlu disusun dengan rapi agar menjadi daya penarik kepada mereka untuk menjadi ahli kepada mana-mana pertubuhan-pertubuhan belia sama ada peringkat kampung, daerah atau negara.
Apa ada dalam beg...

Penubuhan Kelab Pusat Belia merupakan salah satu lagi usaha proaktif kerajaan kearah mempersiapkan para belia dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam pelbagai program yang dirancangkan. Usaha yang berterusan itu memang tepat pada masanya bagi memperlengkapkan lagi proses penjanaan golongan belia kearah pembentukan generasi pewaris dan penentu kecemerlangan bangsa Brunei Darussalam.

" Kami mau mendaftar sukan golf"
Pusat Belia melalui Jabatan Belia dan Sukan menyediakan sebanyak 12 buah kelab terbuka kepada warga Negara Brunei Darussalam dan penduduk tetap yang berumur diantara 7 hingga 22 tahun. Setiap ahli diberi lencana dan kad keahlian untuk tujuan pengenalan diri dan mereka dibenarkan menyertai 2 buah kelab sahaja. Kelab-kelab yang tersenarai ialah kembara, budaya, fotografi, basikal, komputer, urusan rumahtangga, renang, permainan dalam, penggemar, mempertahankan diri, kayak dan kebajikan.

Para ibu-ibu hadir sama memberi sokongan kepada anak-anak
Tujuan penubuhan kelab-kelab berkenaan adalah untuk membentuk pemimpin belia yang bertanggungjawab dan berkaliber suatu hari nanti. Ianya juga dihasratkan untuk memberi kesempatan kepada ahli-ahli kelab berinteraksi sesama sendiri kearah menyalurkan kebolehan diri mereka melalui pelbagai akitiviti yang dikendalikan oleh pusat berkenaan agar dapat berkembang selaras dengan matlamat dan tujuan penubuhan kelab berkenaan. Ini dapat dicapai melalui pertukaran buah fikiran, semangat kerjasama dan pertandingan disamping mewujudkan ikatan tali silaturrahim dikalangan mereka.
Antara kelab-kelab yang pasti menjadi tumpuan kaum belia ialah kelab-kelab kembara, basikal dan komputer. Ketiga-tiga aktiviti ini menggabungkan perkembangan pemikiran, kesihatan dan kemasyarakatan serta pendedahan kepada aspek penguasaan ilmu dan kemahiran dalam teknologi maklumat dan komunikasi [ICT], kerja kemasyarakatan, lawatan sambil belajar, berbasikal sempena hari-hari perayaan, pengembaraan belia kebangsaan dan sebagainya. Kelab-kelab lain seperti budaya dan kebajikan memberi peluang kepada penggemar tarian dan vokal untuk mengembangkan bakat mereka sambil belajar dan memperbaiki persembahan hadrah dan koir. Disamping itu juga, aktiviti keagamaan tidak ketinggalan mengisi ruang-ruang yang kosong bagi para belia bergiat aktif seperti kelas menghalusi bacaan Al-Quran, berdzikir dan nasyid. Para penggemar ilmu pertahanan diri, Kelab Pusat Belia menyediakan pencak silat, karate do, tek kwan do, tai chi dan wushyu. Untuk aktiviti dalaman pula, ahli-ahli boleh bermain catur, dart, congkak, pasang, karom dan scrabble.
Walau bagaimanapun, penubuhan kelab-kelab tersebut tidak akan terlaksana tanpa sokongan padu dari semua pihak dan masyarakat. Agensi-agensi kerajaan yang lain serta ibubapa/penjaga dan masyarakat umumnya juga perlu berkerjasama bagi menjayakan program sedemikian. Dipihak belia pula, mereka perlu lebih peka dengan mengambil peluang dan kemudahan yang disediakan oleh kerajaan sebaik mungkin supaya matlamat asal keahlian mereka sejajar dengan tujuan asal penubuhan kelab-kelab berkenaan.

MP - 4/7/05

Sukan keluarga pupuk semangat persefahaman
Aktiviti yang berbentuk riadah dan kekeluargaan sememangnya sesuai dianjurkan bagi mengeratkan hubungan silaturahim dikalangan masyarakat di negara ini. Walaupun perkumpulan itu dikendalikan secara berkala seperti dihujung minggu dan hari kelepasan awam tapi ianya boleh menyatupadukan masyarakat yang berbilang bangsa dan kaum disamping memelihara kesihatan fizikal dalam suasana muhibbah dan semangat kerjasama yang erat.

Karas jua roti ani....
Sehubungan dengan itu, Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah Tutong telah mengadakan Sukan Hari Keluarga pada 26hb Jun 2005 yang baru lalu bertempat di Pantai Seri Kenangan, Daerah Tutong. Sejumlah lapan acara dijalankan pada hari tersebut dengan disertai oleh sembilan buah pasukan mewakili semua bahagian Hospital Tutong dengan penglibatan sama dari anggota-anggota keluarga para pegawai dan kakitangan termasuk kanak-kanak. Acara-acara terpilih direka khas dengan nama-nama yang unik seperti ninja turtle race [membawa bola pingpong dengan sudu], madas puta [memancing botol yang berisi air], champion walk [membawa belon dicelah kaki], doktor bedah [lumba memakai pakaian], gajah buta [permainan cina buta], lumba ngap-ngap [lumba makan roti bergantung] dan Hercules [perlawanan tarik kalat].

Damit botol ani, mana kan mau masuk....
Acara kemuncak dan paling menarik ialah pertandingan tarik kalat antara pasukan. Setiap pasukan diwakili oleh lima peserta lelaki dan lima peserta perempuan. Diakhir perlawanan, pasukan Setiakawan dari bahagian kejururawatan berjaya menewaskan pasukan Linggang Kangkong dan juga merebut piala pusingan sebagai juara keseluruhan.

Tarik,tarik,tarik.....
Menang atau kalah memang adat pertandingan. Walau bagaimanapun, ianya bukan matlamat utama acara sukan keluarga tersebut dianjurkan. Apa yang lebih penting ialah pembentukan kerja secara berpasukan telah berjaya diwujudkan melalui berbagai acara yang dipertandingkan. Persefahaman dapat dipertingkatkan disamping dapat melahirkan para pegawai dan kakitangan yang sihat, aktif dan cergas sejajar dengan dasar Kementerian Kesihatan dengan mengamalkan “cara hidup sihat”.

MP - 1/7/05

Perkemahan uji ketahanan remaja belia
GOLONGAN remaja belia masa kini terdedah kepada gejala sosial yang semakin meluas yang perlu diberi perhatian serius. Ditambah lagi dengan ledakan teknologi maklumat yang semakin mencabar, kerjasama diantara pendidik, ibu bapa dan masyarakat amat berkesan dalam sama-sama memainkan peranan yang proaktif kerana impaknya cukup besar dan bakal menggugat kesejahteraan serta keamanan yang telah lama dikecapi di bumi bertuah Brunei Darussalam.
Menyedari akan hakikat ini, remaja belia ternyata golongan yang mudah terpengaruh dengan arus permodenan itu. Pelbagai maklumat yang disalurkan menerusi internet, televisyen dan komputer berjaya mengembangkan minda namun adakalanya tanpa pengawasan yang rapi akan menyebabkan maklumat tersebut disalahgunakan untuk tujuan-tujuan yang tidak berfaedah.
Jerat apa tu bang?
Dalam hal ini, aktiviti-aktiviti yang sihat dan berfaedah mampu merubah tanggapan masyarakat bahawa golongan remaja belia sinonim dengan kegiatan-kegiatan yang negatif. Oleh itu, para remaja belia perlu mengambil bahagian dan bergiat aktif dalam apa jua kegiatan yang diungkayahkan oleh pihak-pihak tertentu bagi menghindari diri masing-masing dari tergolong dalam kelompok tersebut.
Dalam hal ini, satu perkemahan remaja belia bagi mereka yang berumur 14 tahun keatas telah menarik lebih 20 pelajar dari sekolah-sekolah di Daerah Brunei Muara bagi menyertai “night camp” selama dua hari bermula 25 hingga 26 Jun 2005 yang lalu di Taman Rekreasi Hutan Simpan, Berakas. Walaupun penyertaan tidak ramai, namun bagi para perserta yang terlibat amat berpuas hati dengan aktiviti-aktiviti yang telah dirancang.

"Tiga dara pingitan"
Para peserta bangun seawal 4.30 setiap pagi bagi menunaikan sholat Suboh. Setelah selesai menunaikan tanggungjawab masing-masing, mereka menyanyikan lagu kebangsaan sambil menaikkan bendera dan diikuti acara senaman pagi. Mereka juga didedahkan kepada survival zaman silam seperti cara-cara memukat, menjarat dan mengenali tumbuh-tumbuhan yang dijadikan ubat dan makanan waktu dahulu.
Juga dikerah melakukan “night march” disamping aktiviti riadah. Walaupun tempoh perkemahan agak pendek, namun banyak pengalaman baru yang dipelajari dan boleh dipraktikkan dalam kehidupan seharian. Diakhir perkemahan, para peserta diberikan sijil penghargaan atas penyertaan perkemahan kali ini. Aktiviti tersebut diawasi sepenuhnya oleh para pegawai dan petugas Jabatan Belia dan Sukan melalui bahagian belia Daerah Brunei Muara.
Objektif perkemahan ialah untuk memberi kesedaran kepada para peserta tentang pentingnya mempunyai matlamat hidup dan menggunakan masa muda dengan membuat kerja-kerja yang produktif dan efektif. Selain itu, mejauhkan diri dari terlibat dalam kegiatan anti sosial seperti penyalahgunaan dadah dan budaya lepak. Berusaha menanamkan rasa kasih sayang kepada ibubapa, guru, pemimpin dan cintakan kepada negara. Perkemahan itu juga dihasratkan dapat meningkatkan kemahiran memimpin, berfikir dan bertindak secara kreatif dan positif.

MP - 24/6/05

SSEAYP Pupuk Semangat Kerjasama dan Kesefahaman
RANCANGAN Kapal Belia Asia Tenggara atau Ship for South East Asia Youth Programme [SSEAYP] merupakan program pertukaran belia antarabangsa yang dipelopori oleh negara Jepun. Tahun ini adalah kali ke 32 rancangan tersebut dianjurkan sejak mula-mula diperkenalkan pada tahun 1974. Ianya dikelolakan dan ditaja sepenuhnya oleh kerajaan Jepun dengan kerjasama oleh negara-negara ASEAN.
Para peserta terdiri daripada pelbagai kaum, organisasi dan berbagai latar belakang pendidikan dan bidang yang antaranya bertujuan untuk memupuk kesefahaman dan kerjasama antarabangsa dikalangan negara-negara ASEAN dan Jepun. Selaku Duta Kecil Negara, peserta-peserta berpeluang untuk mempelajari dan memahami perkembangan pelbagai kegiatan dalam semua aspek seperti perkembangan ekonomi, pelajaran, politik, keugamaan, kehidupan sosial dan adat budaya negara-negara yang mengikuti SSEAYP.

Peserta memberi penerangan projek rekaannya

Negara Brunei Darussalam telah dipelawa oleh kerajaan Jepun untuk menyertai program ini pada tahun 1984 sebagai pemerhati. Pada penyertaan kali pertama itu, negara menghantar 7 orang belia yang terdiri dari pegawai-pegawai Jabatan Belia dan Sukan dan ahli-ahli persatuan belia. Tahun ini adalah penyertaan negara kali yang ke 20 sejak dijemput secara resminya pada tahun 1985.
Peserta-peserta yang megikuti program ini akan belayar dengan sebuah kapal pelancung mewah “Nippon Maru’ yang boleh di iktiraf sebagai hotel terapong lima bintang. Kapal Nippon Maru itu akan membawa belia-belia belayar menuju negara-negara Asean dan Jepun dan akan singgah beberapa hari di negara berkenaan. Pelayarannya akan bermula dari salah sebuah negara ASEAN dan berakhir di Jepun. Walau bagaimanapun, pada tahun 2001 ini kapal tersebut akan mula berlayar dari Jepun dan berakhir di Singapura. Jangka masa program ini berjalan ialah selama 56 termasuk perlayaran kapal. Penyertaan dari negara ini adalah terbuka kepada ahli-ahli kepada pertubuhan, persatuan belia, badan-badan kebajikan kerajaan, firma swasta atau belia-belia yang bukan menjadi ahli mana-mana persatuan tetapi berminat mengikuti kegiatan - kegiatan belia. Seramai 104 orang para belia berumur diantara 18 hingga 30 tahun telah mendaftar untuk menyertai program itu dari seluruh negara. Dari jumlah tersebut, 40 orang telah terpilih untuk menjalani ‘perkampongan’ di Pusat Belia selama 2 hari bermula 4 hingga 5 Jun 2005 yang lalu. Senarai nama 28 orang peserta yang berjaya akan diumumkan kemudian.

Liat apa tu?

Antara kriteria pemilihan, peserta mestilah bergiat atau mempunyai pengetahuan dalam aspek kebeliaan, bersedia untuk mempelajari ada resam dan kebudayaan negara-negara ASEAN dan Jepun serta boleh menguasai Bahasa Inggeris dengan baik disamping berbakat dan berkebolehan memainkan alat-alat muzik, minat dalam bidang tarian, nyanyian dan lain-lain adalah satu kelebihan. Pemilihan awal dibuat secara ujian bertulis dan temuduga sementara dalam pemilihan akhir, para peserta menjalani ujian praktikal, pemeriksaan kesihatan dan penilaian prestasi dalam latihan [perkampongan].
Sepanjang pelayaran, para peserta kapal belia didedahkan kepada perbincangan dalam isu-isu semasa dan membuat resolusi diakhir perbincangan tersebut. Juga digalakkan mempamirkan kegiatan ekonomi, politik, sejarah dan kebudayaan; terlibat dalam aktiviti sukan dan rekreasi dan seumpamanya. Ketika singgah di negara-negara yang dilawati pula, National leaders membuat kunjungan hormat kepada Ketua-Ketua Negara, lawatan ke insititusi-institusi oleh para peserta, menghadiri jamuan resmi negara, berinteraksi dengan belia tempatan dalam berbagai topik, membuat kerja-kerja kemasyarakatan dan tinggal dengan keluarga angkat [homestay].
Tidak syak lagi program kapal belia telah membawa manafaat yang begitu banyak dan berfaedah terhadap perkembangan belia di rantai ini. Oleh yang demikian, ianya boleh dijadikan landasan kepada pemimpin belia dari negara ini untuk berbincang, mencipta rangkaian dan bertukar pendapat dengan rakan seangkatan dari negara ASEAN dan Jepun melalui perkongsian idea dan pengalaman masing-masing.

MP - 20/6/05

Aktiviti riadah tingkatkan keyakinan diri
AKTIVITI riadah semakin mendapat tempat dan keutamaan di kalangan masyarakat di negara ini terutama sekali dihujung minggu, cuti awam dan cuti persekolahan. Aktiviti sedemikian berupaya mengurangkan tekanan perasaan akibat kesibukan bekerja dan masalah kehidupan serta pelbagai persaingan pada zaman moden di samping mengurangkan masalah kesihatan kerana terlalu banyak memakan makanan berzat yang tidak seimbang.

Ngalih ke?
Bagi mereka yang masih di alam persekolahan, aktiviti berkenaan dapat membantu dan mengawal stress, membuka minda dan mengurangkan ketegangan pemikiran. Aktiviti riadah seperti berkelah, mandi manda, memancing, jogging, aktiviti berkumpulan sehinggalah aktiviti lasak seperti mendaki dan menjelajah denai hutan. Di samping mendisiplinkan mental dan fizikal, aktiviti mendaki misalnya memberi peluang kepada para pendaki untuk menikmati keindahan alam semula jadi yang kaya dengan pelbagai flora dan fauna berbanding jika melakukan aktiviti lain dalam gimnasium atau dipadang sukan.
Dengan tema “kesihatan dan kecergasan kunci kecemerlangan”, serombongan murid-murid darjah 6 tahun 2005 Sekolah Rendah OKBI Subok telah menganjurkan aktiviti mendaki Bukit Markucing, Kg Belimbing, Subok pada 10hb June 2005 yang baru lalu. Ianya merupakan salah satu aktiviti yang dirancang dalam program peningkatan PSR bagi tahun 2005 dan amat sesuai dilakukan ketika cuti penggal persekolahan.

"Batu belah batu betangkup", popular dikalangan penduduk setempat
Di samping untuk menjaga kesihatan, antara tujuan lain ialah bagi menanamkan sikap positif dalam pelajaran dan kehidupan seharian bagi membantu murid-murid tersebut meningkatkan keyakinan diri, daya ketahanan mental dan sifat bertanggungjawab serta mengeratkan lagi hubungan silatur rahim dikalangan guru, ibu/penjaga dan murid-murid.

Para peserta aktiviti riadah bergambar ramai

MP - 15/6/05

Bersukan Untuk Kecergasan Minda dan Fizikal

Bersukan adalah suatu aktiviti yang mampu mewujudkan masyarakat yang sihat, cergas, berdisiplin serta produktif. Aspek kecergasan perlu dipupuk di kalangan pelajar diperingkat awal lagi supaya amalan gaya hidup yang sihat dan aktif seperti penyertaan dalam aktiviti sukan dan rekreasi. Ianya boleh membantu meingkatkan kecergasan fizikal dan kesihatan mental disamping menuju kearah peningkatan prestasi akademik yang lebib baik.

Dalam hal ini, kegiatan sukan dan riadah merupakan salah satu cara para pelajar melepaskan rasa bosan dan tekanan setelah selesai menjalani peperiksaan. Kebanyakan sekolah di negara ini telah merancang pelbagai acara sukan sempena cuti persekolahan bagi memberi peluang kepada guru-guru, kakitangan dan pelajar-pelajar bersukan untuk kesihatan.
Ma’had Islam Brunei mengadakan sukan tahunan kali ke -14 [SUTMA] baru-baru ini yang mengambil tempat di Kompleks Sukan Tutong. Acara sukan itu berlangsung selama dua hari dan kemuncaknya diadakan pada 9hb Jun 2005. Pelbagai acara sukan telah dianjurkani bagi memupuk semangat kesukanan di kalangan para pelajar disamping mengeratkan hubungan di antara tenaga pengajar dan pelajar-pelajar. Walau bagaimanapun, kegiatan sukan itu perlu diseimbangkan agar tidak menjejaskan tumpuan para pelajar terhadap pelajaran akademik masing-masing.

Haji Mahrub melancarkan SUTMA 2005
Sukan yang mempertandingkan bermacam-macam acara sukan itu mengumpulkan kesemua pelajar dan di bahagikan kepada 5 buah rumah. Setiap rumah mempamerkan slogan masing-masing sebagai pembakar semangat juang sebelum bertanding. Rumah Merah dengan slogan “Siap sedia Menempuh Cabaran”, rumah Hijau “Cekal Hadapi Saingan”, rumah Ungu “Kalau Kamu Kancang, Kami lagi Kancang”, rumah Kuning “Sekali Segera Sempurna” dan rumah Biru “Kami Nda Gagar”. Diakhir pertandingan rumah Ungu menjuarai keseluruhan SUTMA.

Pasukan MERAH

Sementara itu, Sekolah Pengiran Dipa Negara [PDN] Pengiran Jaya Sengkarai juga mengadakan acara sukan sempena cuti persekolahan penggal kedua. Matlamat dan tujuannya adalah sama iaitu untuk kecergasan minda bagi membantu para pelajar mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik kerana otak yang cergas lahir dari badan yang sihat. Sukan tahunan yang buat julung-julung kalinya di anjurkan itu berakhir dengan acara kemuncaknya berlangsung pada 11hb Jun 2005 bertempat di Stadium Penanjung Garison, Tutong.
Acara sukan antara rumah-rumah tersebut telah berjalan sejak 17hb Mei 2005 dan empat buah rumah mengambil bahagian iaitu rumah Simpur [kuning], rumah Kudok-Kudok [merah], rumah Sumboi-Sumboi [hijau] dan rumah Kalamunting [biru]. Diakhir pertandingan, rumah Kalamunting disytiharkan sebagai juara keseluruhan.

MP - 10/6/05

Ma’had Islam Brunei berupaya lahirkan generasi cermerlang

Ma’had Islam Brunei merupakan antara institusi pendidikan yang terbaik di negara ini. Kesedaran untuk mencapai tahap kecemerlangan akademik di kalangan para pelajar disamping dorongan yang kuat dari ibubapa dan penjaga serta rakan-rakan sebaya telah berjaya meningkatkan imej maktab tersebut sebanding dengan institusi-institusi pengajian yang lain. Maktab yang dikhususkan untuk pelajar lelaki ini terletak di daerah Tutong dan menempatkan blok pentadbiran serta dilengkapi dengan berbagai-bagai kemudahan asas seperti asrama, bilik-bilik darjah, perpustakaan, surau, makmal sains, dewan serbaguna dan padang permainan. Keramaian penuntut ketika ini adalah 438 orang manakala tenaga pengajarnya pula seramai 93 orang di mana 46 peratus daripadanya adalah guru-guru perempuan. Dari jumlah tersebut, 76 orang adalah tenaga tempatan dan selebihnya guru-guru yang dilantik secara berkontrak sementara kakitangan maktab berjumlah 37 orang. Mengimbas sedikit sejarah maktab ini, pembinaannya bermula pada Oktober 1987 dan menerima kemasukan penuntut pertamanya pada Mei 1990. Pada 17hb Julai 1990 bersamaan 23 Zulhijjah 1410H, KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan merasmikan pembukaan maktab berkenaan. Memandangkan kerja-kerja pembaikan terhadap bangunan maktab sedang dijalankan, para penuntut di pindahkan sementara ke Sekolah Persediaan Arab bagi menengah bawah dan Sekolah Menengah Arab Laki-Laki Hassanal Bolkiah [SMALHB] bagi menengah atas pada 31hb Mac 2003. Ma’had Islam Brunei di gunakan semula pada 23 hb Mac 2005. Walau bagaimanapun bagi penuntut-penuntut yang tinggal di asrama, mereka ditempatkan sementara di asrama Sekolah Menengah Muda Hashim dan Flat Sungai Besar sehingga kerja-kerja pembaikan bangunan asrama selesai. Bagi mempastikan kejayaan sekolah dan penuntut yang berterusan, Ma’had Islam Brunei telah menyusun pelbagai aktiviti keagamaan, kemasyarakatan, sukan dan seumpamanya di sepanjang tahun. Ini termasuklah kelas-kelas bimbingan Al-Quran, ceramah, pertandingan, penyampaian sijil/hadiah penghargaan kecemerlangan tahunan pelajaran seperti skim skim galakan dan penilaian berterusan serta anugerah-anugerah penuntut-penuntut cemerlang dan mithali.

Salah satu projek yang dipamerkan
Di samping itu, kegiatan-kegiatan lain seperti aktiviti sempena cuti penggal persekolahan juga dikendalikan secara berterusan setiap tahun. Antara akitiviti yang telah dirancang termasuklah kempen kebersihan, Dikir Syarafil Anam [Dikir Brunei], majlis meraikan guru-guru berpindah sekolah, acara sukan, muzakarah guru-guru bersama pengetua, pertandingan akademik dan sebagainya. Hampir keseluruhan daripada aktiviti-aktiviti itu sudah dilaksanakan dengan jayanya. Bagi meningkatkan lagi tahap pencapaian para penuntut, satu peraduan akademik anjuran maktab itu di adakan pada 4hb Jun 2005 yang baru lalu dengan penglibataan kesemua pelajar dari darjah 5 dan 6 hingga ke tingkatan 5. Sebanyak 23 buah kelas mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut yang mana mereka perlu menghasilkan 3 projek menerusi subjek-subjek seperti sejarah, matematik, komputer, sains dan sebagainya untuk dipertandingkan dengan hadiah-hadiah yang menarik menanti untuk setiap penyertaan dan para pemenang. Antara projek-projek yang di pertandingkan ialah Kampong Ayer pada zaman dahulu, tsunami and the major earthquakes, the discovery of oil, hydro electric, pollution, volcano, harmful drugs, oil and gas in Brunei dan lain-lain.

Para penuntut mempamirkan hasil kreativiti mereka
Antara objektif pertandingan adalah untuk menanamkan minat yang mendalam terhadap semua mata pelajaran yang diajarkan. Ianya juga bertujuan meningkatkan kreativiti dan kemahiran berfikir secara efektif, merapatkan lagi hubungan yang erat diantara guru-guru dan para pelajar disamping menggalakkan semangat ‘teamwork’ di kalangan pelajar bagi mencapai kecemerlangan dalam bidang pelajaran. Adalah mejadi harapan tinggi pihak maktab agar segala usaha yang dikendalikan secara berterusan setiap tahun samada yang berbentuk akademik atau kegiatan-kegiatan yang lain dengan sokongan dan penglibatan dari semua pihak jua akan dapat membantu para pelajar mempertingkatkan lagi ilmu pengetahuan yang telah diperolehi dan di manafaatkan sepenuhnya sebagai bekalan untuk menempuh peringkat pendidikan yang lebih mencabar di masa akan datang.

MP - 6/6/05

Pendidikan berterusan mantapkan kecekapan pengurusan

SUASANA dan iklim dunia masakini telah mempengaruhi pembangunan ekonomi sejagat melalui proses globalisasi yang memang tidak mengenal sempadan di semua peringkat masyarakat. Revolusi infotelekomunikasi turut sama mencetuskan perubahan itu dengan mencorakkan cara perhubungan dan pengurusan perniagaan. Ke arah mengimbangi fenomena yang mencabar ini, kerjasama yang lebih erat di antara satu sama yang lain menjadi landasan yang berkesan bagi memperkukuhkan keupayaan jati diri dalam menghadapi arena ekonomi global yang bebas.

Sepertimana juga dengan syarikat-syarikat persendirian yang lain di negara ini, gerakan koperasi tidak terkecuali daripada kesan lonjakan globalisasi tersebut. Bagi mengecapi kecermelangan dan kesejahteraan ekonomi yang berterusan, pengurusan perniagaan perlu dikemaskinikan agar mampu berdaya maju dan berdaya saing dalam pelbagai bentuk aktiviti ekonomi yang diceburi.

Sehubungan dengan ini, Badan Kemajuan Industri Brunei [BINA] melalui Bahagian Kemajuan Koperasi, Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama tidak pernah jemu-jemu mengendalikan program-program pada setiap tahun samada yang berbentuk pendidikan, bimbangan, bengkel, seminar, perkhidmatan dokongan, latihan dan sebagainya bagi membantu gerakan koperasi di negara ini agar menjadi sebuah institusi sosio-ekonomi yang mampan dan berdikari ke arah pembentukan masyarakat yang berilmu dan berwibawa.

Haji Mohd Zain menyampaikan cenderahati kepada tenaga pengajar

Walau bagaimanapun, seperti juga entiti komersil yang lain, badan-badan koperasi perlu juga mengatur strategi dan mekanisma yang bijak dan produktif. BINA selaku agensi kerajaan berfungsi sebagai pemudah dan pemangkin dengan penyediaan infrastruktur termasuk akta, dasar dan program sementara perlaksanaannya terpulanglah kepada koperasi itu sendiri. Oleh itu, ilmu pengetahuan yang diperolehi dari program-program yang dianjurkan oleh jabatan ini perlu di manafaatkan sepenuhnya oleh setiap anggota koperasi bagi membantu mempertingkatkan kecekapan pengurusan jentera pentadbiran koperasi masing-masing.

Para peserta Kursus Kepimpinan bergambar ramai

Sehubungan dengan itu pada 21 hb Mei 2005 yang baru lalu, seramai 75 orang peserta telah menerima sijil-sijil penghargaan setelah berjaya menamatkan kursus-kursus yang di kendalikan secara berperingkat mulai Mac hingga Mei 2005. Buat julung kalinya, majlis berkenaan dibuat secara serentak bagi ke empat-empat kursus yang bertujuan bagi memberi peluang kepada peserta-peserta dan para pegawai BINA merapatkan lagi hubungan silaturrahim di samping bertukar-tukar buah fikiran khususnya dalam bidang perkoperasian. Kursus-kursus yang dimaksudkan ialah Perundangan Koperasi, Kepimpinan Koperasi, Perakaunan Menengah dan Kefahaman dan Pengenalan Koperasi. Dari segi matlamat pengendalian kursus-kursus Perundangan, Kepimpinan dan Kefahaman serta Pengenalan Koperasi adalah untuk membolehkan peserta mentafsir dan melaksanakan peruntukan undang-undang koperasi yang sedia ada dengan sasaran peserta ialah Ahli Lembaga Pengarah [ALP], Juruaudit dalam [pemeriksa kira-kira] dan pengurus/tenaga kerja koperasi. Para peserta didedahkan kepada struktur, pertubuhan dan keanggotaan, kelayakan, hak dan kewajipan, pentadbiran termasuk mesyuarat-mesyuarat agung dan kuasa serta fungsi juruaudit dalaman dan seumpamaya. Ianya juga boleh membantu peserta memahami falsafah koperasi, konsep, prinsip-prinsip, Akta, Peraturan, Tambahan Peraturan dan Peraturan Kecil. Kursus Perakaunan Menengah pula adalah kesinambungan dari kursus yang sama di peringkat asas [permulaan] dan akan di laratkan seterusnya ke peringkat lanjutan bulan depan yang mana bertujuan menyediakan kewangan koperasi dengan lengkap dan teratur. Sasaran peserta ialah bendahari/penyimpan amanah, juruaudit dalam dan tenaga kerja koperasi. Mereka yang mengikuti kursus ini mestilah pernah mengikuti kursus asas perakaunan atau mengetahui serba sedikit asas perakaunan. Metodologi kesemua kursus adalah berbentuk syarahan, perbincangan kumpulan, latihan/ujian akhir [bagi kursus-kursus perakaunan] dan lawatan sambil belajar. Oleh yang demikian, penyediaan pelbagai bentuk program yang berterusan dikendalikan BINA wajar mendapat sokongan yang padu dari semua pihak bagi mempertingkatkan keberkesanan sesebuah organisasi koperasi itu sekaligus mampu melahirkan tenaga pengurusan yang cekap dan berkemahiran. Hasil dari penglibatan pihak koperasi, kualiti perkhidmatan juga dapat dipertingkatkan setanding dengan badan-badan korporat yang lain seperti dalam bidang pengurusan kewangan, pentadbiran, pemasaran dan sebagainya.

Akhirnya, semua peringkat anggota koperasi perlu bekerjasama di antara satu sama lain dengan lebih erat lagi dengan berkongsi tenaga, kepakaran dan pengalaman bagi sama-sama memikul tanggungjawab dan peranan yang aktif bagi memertabatkan gerakan koperasi di negara ini.

MP - 20/5/05

Penyediaan pelbagai projek jamin masa depan KTMLB
Koperasi Tasamul Mukim Lumapas Berhad atau KTMLB merupakan salah sebuah koperasi yang terbesar di Brunei Darussalam. Ianya telah didaftarkan dengan rasminya pada 25 Ogos 1986. Kalau dahulu matlamat asalnya hanyalah untuk mnyediakan perkhidmatan stesen minyak di kampong itu dan sekitarnya, kini aktiviti perniagaannya berkembang dengan begitu cepat dengan menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan lain seperti bas awam, skim pinjaman jual beli dan peribadi, pelancongan, simpanan tetap, takaful, hartanah dan sebagainya. Melihat sejarah ringkas penubuhannya, KTMLB dikenali dengan nama Syarikat Kerjasama Serbaguna Mukim Lumapas Berhad. Oleh kerana sumber kewangan untuk membina stesen minyak tidak mencukupi, satu kertas kerja telah dibuat bagi menampung kos pembinaan dan pengendaliannya oleh bekas pengerusi ketika itu. Setelah mendapat persetujuan ramai, maka tertubuhlah Tabung Simpanan Amanah Mukim Lumapas Berhad atau ringkasnya TASAMUL.

Haji Abd Hakip, Pengerusi KTMLB
Fungsi utama tabung ini ialah bagi mendapatkan modal untuk membiayai kos stesen minyak yang mana setiap ahli dikehendaki membuat pelaburan saham melalui potongan gaji secara ansuran[bulanan] sehingga 100 bulan dan mereka juga digalakkan terus menyimpan walaupun melebihi dari had maksima kematangannya. Sepanjang kurang lebih 19 tahun penglibatan dalam berkoperasi, pelbagai perancangan telah dan akan terus diatur dan disusun untuk mengembangkan lagi perniagaan yang ada dan menerokai peluang-peluang perniagaan lain samada rancangan yang berbentuk jangka pendek atau panjang.

Sehubungan dengan itu, Pada 29hb April 2005 bertempat di Conference Hall 2, Pusat Persidangan Antarabangsa. Mesyuarat Agung KTMLB kali ke - 6 telah diadakan dan di rasmikan pembukaannya oleh tetamu kehormat, Pg Ahmad Pg Hj Metassan, Ketua Bahagian Promosi dan Perhubungan Awam selaku wakil peribadi Pengarah BINA yang seterusnya melancarkan laman web KTMLB yang boleh di layari melalui “www.Tasamul.com”.

Pg Ahmad Pg Hj Metassan, Tetamu kehormat menerima cenderahati
Di antara agenda mesyuarat adalah untuk membaca dan mensahkan minit Mesyuarat Agung yang ke-5 dan seterusnya membincangkan perkara-perkara yang berbangkit daripada minit tersebut. Di samping itu, mesyuarat juga mendengar laporan dari Lembaga Pengarah, meminda tambahan peraturan koperasi, mensahkan pembahagian keuntungan dan pembubaran Ahli-Ahli Lembaga Pengarah tahun 2004/2005 dan melantik ALP baru bagi tahun 2005/2006. Penetapan jawatan ALP pula di buat dalam mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah pada 2 Mei 2005 di ibu pejabat koperasi itu dengan dihadiri oleh pegawai – pegawai dari BINA. Pendaftar BINA di wakili oleh Awg Masri Haji Durahim selaku pengerusi sementara di majlis berkenaan.

Mesyuarat Agung sedang berjalan
Cadangan-cadangan bagi peruntukan dan projek-projek baru untuk tahun 2005/2006 juga turut di bincangkan dalam mesyuarat agung itu. Antara tujuannya ialah untuk menjaga kepentingan koperasi, kebajikan para pekerja dan memberi bimbingan berterusan kepada tenaga pengurusan bagi memantapkan lagi sistem pentadbiran koperasi itu di samping menerokai bidang-bidang perniagaan lain yang difikirkan boleh meningkatkan pendapatan ahli-ahlinya di masa akan datang. Ke arah menuju matlamat itu, Lembaga Pengarah TASAMUL telahpun meluluskan beberapa skim perancangan perniagaan yang di buat melalui rancangan jangka pendek dan pelan tindakan segera. Rancangan-rancangan itu termasuklah skim tangga gaji kakitangan baru, E-runcit, pelancaran pakej umrah, perkhidmatan pendidikan dan biasiswa, perkhidmatan bas Sungai Kebun-Putat, membuka pejabat KTMLB di Kuala Belait,Tabung Tekad Haji dan Umrah TASAMUL dan banyak lagi. Rancangan yang dibuat secara rapi itu akan di buat secara berperingkat dan harapan ALP ianya akan mendapat sambutan yang menggalakkan dari semua ahli dan masyarakat umum.
Rancangan jangka panjang pula, beberapa perkhidmatan akan di perkenalkan seperti Kredit & Kewangan TASAMUL, Kad Debit TASAMUL, Sekolah Taman Asuhan/Sekolah Rendah, Pembangunan Hartanah dan rangkaian Mini Mart yang akan di bincangkan dalam mesyuarat agung akan datang. Melihat perkembangan kepada keahlian sehingga Mac 2005, keramaian KTMLB telah meningkat kepada 2,187 ahli dengan wang saham yang berbayar sebanyak $B3,135,148.64. Perkembangan yang positif ini menunjukkan satu petanda keyakinan ahli-ahli dan masyarakat terhadap koperasi tersebut. Peluang-peluang pekerjaan untuk rakyat dan penduduk negara ini juga menjadi keutamaan koperasi tersebut di mana 65% dari keseluruhan tenaga pekerjaan adalah terdiri dari anak-anak tempatan. Untuk megemaskinikan jentera pengurusan KTMLB lagi, pada 9hb April 2004, kaunter perjumpaan di antara ahli-ahli dengan Lembaga Pengarah di perkenalkan. Tujuannya ialah bagi mendapatkan “feedback” dan pengumpulan maklumat di samping menjalin perhubungan yang mesra di antara kedua belah pihak bagi meningkatkan lagi mutu pengurusan dan perkhidmatan untuk kebaikan ahli-ahli koperasi jua. Kaunter berkenaan di buka pada setiap hari Jumaat bermula jam 9 pagi hingga 12 tengahari. Dalam usaha untuk menarik lebih banyak ahli menganggotai koperasi itu, TASAMUL telah menggandakan usaha dengan menganjurkan jerayawara ke seluruh negara. Antara matlamatnya menyampaikan sijil-sijil saham kepada ahli-ahli, memberi maklumat terkini mengenai TASAMUL, kesempatan bermuzakarah dengan ALP, mendengar masalah dan cadangan daripada mereka bagi sama-sama mengambil peranan aktif demi kebaikan dan kemajuan koperasi tersebut.

MP - 11/5/05

KODRAT satukan tiga puak
Koperasi Dataran Gong Tiga, Majlis Perundingan Kampong Lamunin Berhad [KODRAT] di daftarkan dengan Badan Kemajuan Industri Brunei [BINA] pada 5hb Januari 1998 yang menggabungkan tiga puak terdiri dari puak Kedayan, Dusun dan Tutong yang tinggal di sekitar Kampong Lamunin. Sejak penubuhannya hingga sekarang, permodalan bertambah sebanyak $747,200 dengan bilangan ahli meningkat sedikit kepada 477 orang. Dengan modal yang terhad ketika mula-mula ditubuhkan, cita-cita begitu tinggi untuk melihat kewujudan sebuah koperasi yang mampu bersaing dan berupaya mengendalikan pelbagai jenis perniagaan untuk meningkatkan sosioekonomi penduduk-penduduk setempat dan sekitarnya. Hasil dari pengorbanan dan komitmen yang tinggi dari ahli-ahli, akhirnya sebuah stesen minyak berjaya dibina dengan kos hampir $720 ribu dan ianya mula beroperasi pada 17hb Ogos 1998 di atas sebidang tanah yang disewakan oleh seorang ahli KODRAT dengan kadar sewa yang ditetapkan bagi tempoh 25 tahun. Pada tahun 2003, KODRAT menambah lagi satu kegiatan perniagaannya iaitu perkhidmatan bas sekolah. Pada Februari 2000 pula, tugas baru diwujudkan sebagai tambahan kepada tugas-tugas yang sedia ada bagi Ahli Lembaga Pengarah yang masing-masing mengetuai dan mengawasi tugas yang diberikan meliputi bahagian pelaburan, pendidikan, bangunan dan kawasan stesen, perkhidmatan bengkel dan rawatan kereta, bahagian kursus/projek/lawatan, pengurusan kedai dan penerangan/kebajikan dan sosial. Perlantikan dan pembahagian tugas-tugas tersebut bertujuan untuk memantapkan lagi jentera pentadbiran dan pengurusan, mengemaskini peranan, meningkatkan pendapatan dan kebajikan ahli KODRAT. Apa yang ditekankan kepada semua anggota koperasi ialah mereka sewajarnya menjadi pemangkin bersama yang boleh menentukan hala tuju dan pencapaian koperasi. Mereka merupakan orang yang bertanggungjawab secara bersama yang boleh merancang dan melaksanakan perancangan agar koperasi mencapai kejayaan sebagaimana yang diputuskan dalam mesyuarat agung. Sepanjang 7 tahun beroperasi, seramai 70 orang terdiri dari 100% anak-anak tempatan telah bekerja di koperasi tersebut. Kekerapan dan kehadiran ahli KODRAT dalam Mesyuarat ALP adalah menggalakkan di mana peruntukan dalam tambahan 27 daripada Tambahan Peraturan Koperasi mensyaratkan sekurang-kurangya sekali dalam sebulan mesyuarat itu di adakan. Disamping mesyuarat ALP, Mesyuarat Khas ALP dan Mesyuarat Agung tergempar juga mengambil tempat dan tidak ketinggalan permuzakarahan dengan dengan Persatuan Pengusaha-Pengusaha Stesen Minyak [PPPSM] di mana KODRAT menjadi ahli kepada persatuan itu yang menggabungkan 24 buah stesen minyak di seluruh negara. Bagi menyumbang kepada kemantapan dan kejayaan koperasi berkenaan, pelbagai program pendidikan dan bimbingan telah dilaksanakan yang melibatkan tenaga pentadbiran stesen seperti kursus-kursus kewangan, layanan pelanggan, tindakan kecemasan di stesen minyak, sistem pemasaran dan seumpamanya di dalam dan luar negeri. Pada 24hb April 2005 yang lalu, KODRAT telah mengadakan Mesyuarat Agung kali ke- 3 dengan agenda utamanya membubarkan ALP sesi 1999-2005 dan melantik ALP yang baru bagi sesi 2005-2007. Disamping pengumuman pembahagian keuntungan, cadangan pembelian tanah seluas 0.690 ekar di kampong berkenaan juga dibincangkan untuk perancangan akan datang. Meskipun keuntungan yang banyak bukan merupakan perkara utama dalam menjalankan kegiatan koperasi tetapi ianya perlu untuk menampung kos operasi dan juga memberi pulangan sewajarnya kepada anggota koperasi. Kegiatan-kegiatan berkebajikan juga sering di adakan sepanjang tahun. KODRAT turut di undang menghadiri sambutan Jubli Perak Gerakan Koperasi pada 23hb Mac 2002, di Pusat Persidangan Antarabangsa, sambutan Hari Raya anjuran PPPSM, acara persembahan sempena Hari Keputeraan KDYMM dan sukan. Disamping itu, KODRAT di iktiraf sebagai salah sebuah Stesen Minyak Contoh bagi dua tahun berturut-turut [2003-2004] oleh Syarikat Pemasaran Brunei Shell [BSM]. Anugerah tersebut di nilai dari segi kecemerlangan perkhidmatan kepada pelanggan, penampilan lokasi dan semangat kerjasama. Pengiktrafan sedemikian bukan saja memberi manafaat kepada para pelanggan malah juga berharga kepada BSM dan urusniaga stesen itu sendiri. Sehubungan itu ungkapan “baik buruknya sesebuah koperasi terletak di tangan setiap anggota koperasi” ada kebenarannya. Ini kerana para anggotalah yang akan menentukan maju mundurnya sesebuah koperasi. Mereka yakni anggota merupakan pemilik bersama koperasi dan mereka jugalah yang menentukan apakah kegiatan terbaik yang hendak dijalankan oleh koperasi. Oleh itu, anggota koperasi perlu setia dan sentiasa menyokong penuh usaha koperasi dan perlu diterapkan dalam minda setiap anggota supaya mereka dapat memberi keutamaan kepada koperasi yang mereka anggotai untuk kepentingan bersama.

MP - 2/5/05

Perkampongan Hijrah – Bentuk Keperibadian Belia
BELIA merupakan golongan terpenting dalam sesebuah masyarakat. Keutuhan masyarakat dan negara amat bergantung kepada kekuatan yang wujud pada generasi belia. Oleh itu, tidak hairanlah apabila golongan belia sering dikaitkan dengan kemajuan atau kemunduran sesebuah negara. Golongan belia adalah paksi kepada sesebuah masyarakat dan negara, bak kata pepatah `pemuda tiang negara, pemudi harapan bangsa'.
Kalau diimbas kembali pada zaman Rasulullah s.a.w., kita mendapati bahawa golongan belia merupakan pemangkin ke arah kelangsungan dakwah Islam. Nama-nama belia yang menyumbangkan masa, tenaga dan jiwa terhadap Islam, seperti Ali bin Abu Talib, Usamah bin Zaid, Abdullah bin Abu Bakar, Asma binti Abu Bakar, Amir bin Fuhairah dan banyak lagi. Kehebatan golongan belia pada zaman Rasulullah terserlah apabila mereka bersungguh-sungguh melakukan segala yang boleh memberi kebaikan kepada Islam.
Dalam konteks ini, Jabatan Belia dan Sukan sentiasa berusaha dalam mengiatkan pelbagai projek yang menjurus kepada latihan dan pendedahan ilmu serta kemahiran yang boleh meningkatkan kekuatan beragama, semangat perpaduan dan kesukarelawaan para belia di negara ini. Oleh itu, jabatan berkenaan melalui cawangan Daerah Brunei/Muara telah berjaya menganjurkan Program Perkampongan Hijrah Belia bagi tahun 1426/2005 selama 4 hari 3 malam mulai 9 hingga 12 Safar 1426H [20 hingga 23 Mac 2005] yang mengumpulkan pelajar dari sekolah-sekolah di Daerah Brunei/Muara berumur di antara 15 hingga 20 tahun.
Perkampongan tersebut merupakan kali kedua yang seumpamanya dianjurkan setelah kejayaan pertamanya tahun lepas. Perkampongan tersebut turut dijayakan dengan penglibatan aktif dari agensi-agensi kerajaan yang lain bagi sama-sama menyumbang tenaga dan buah fikiran bagi kemajuan para belia di negara ini.
Sambutan para belia begitu memuaskan di mana pihak penganjur menghadkan penyertaan kepada 46 orang sahaja dari seramai lebih 60 peserta memohon untuk menyertai perkampongan berkenaan dan setiap peserta dikehendaki ‘berkampong’ di Pusat Belia, Bandar Seri Begawan disepanjang program berjalan. Beberapa orang peserta berpendapat bahawa penyertaan peserta hendaklah dilaratkan kesemua daerah supaya lebih ramai penuntut sekolah mengikuti program berkenaan yang biasanya diadakan masa cuti persekolahan dan aktiviti perkampongan ditambah.
Acara berkebajikan itu bertujuan untuk memperingati Hijrah Rasulallah Sallallah Alahi Wassalam dan pengorbanan Baginda dalam menegakkan Syear Agama Islam. Ianya juga untuk membentuk belia ke arah hidup yang berilmu dan berpengetahuan sebagai bekalan hidup di samping sebagai pelapis kepada golongan yang lebih tua. Selain itu, untuk menggalakkan belia mempelajari dan mendalami lagi pengetahuan mereka tentang Fardhu Kiayah, Fardhu Ain dan aktiviti-aktiviti yang berunsur keagamaan. Tujuan lain ialah sebagai satu galakan dan membiasakan belia untuk berkerjasama dengan golongan yang lebih tua dalam kerja-kerja kemasyarakatan dan kebajikan. Peserta-peserta juga didedahkan dengan teknik pertolongan cemas melalui Cardio Pulmonary Resuscitation [CPR] serta aktiviti-aktiviti riadah yang bersesuaian.
Para belia juga diuji dari segi minda dan fisikal dengan melakukan ‘Night March’ atau Perbarisan Malam di mana mereka dimestikan menjalani acara berkenaan setiap malam Keesukkan harinya pula, peserta membuat senaman sebelum menaikkan bendera dan menyanyikan lagu kebangsaan setiap pagi.
Disepanjang perkampongan itu, Para belia juga mendengar ceramah sempena Awal Tahun Hijrah yang bertajuk “ Belia Cemerlang Berpandukan Ajaran Islam”. Mereka juga diberi taklimat tentang fungsi Jabatan Belia dan Sukan serta perkara yang berhubungkait dengan kebeliaan di negara in disamping mengikuti taklimat mengenai “Ancaman Dadah dan Kesannya Kepada Belia Sebagai Tunggak Negara” disampaikan oleh pegawai dari Biro Mencegah Rasuah. Para belia juga berkesempatan untuk menghalusi bacaan dan tata tertib dalam sembahyang lima waktu, adab ketika berada didalam masjid dan adab membaca Surah Yassin dn bertahlil beramai-ramai.
Kesimpulannya, para belia di samping perlu memiliki wawasan hidup yang jelas, mereka juga hendaklah dibimbing dan diberi latihan yang berterusan untuk membentuk jiwa dan akhlak. Para belia masa kini juga sewajarnya membaca, meneliti serta menjadikan panduan daripada kisah-kisah para belia pada zaman Rasulullah yang banyak mengorbankan jiwa, tenaga dan masa untuk kepentingan agama, bangsa dan negara.
Pihak penganjur berharap para belia yang mengikuti program tersebut akan dapat menggunakan dan memperaktikkan ilmu dan kemahiran yang telah dipelajari selama dalam perkampongan bagi membantu diri sendiri, ibu-bapa, keluarga, sahabat handai, jiran dan masyarakat.

MP - 2/5/05

Kursus anjuran BINA – Mampu Tingkatkan Kemahiran Berkoperasi
TIAP–TIAP pertubuhan perniagaan adalah berkhendakan pengendalian kewangan. Maklumat memainkan peranan penting bagi pengurusan sesuatu perniagaan. Berjaya atau tidak sesuatu pernigaan adalah bergantung kepada kebolehan atau keupayaan pihak pengurusan menyediakan maklumat-maklumat lengkap bagi tujuan membuat keputusan tentang pernigaan itu. Pihak pengurusan juga memerlukan maklumat bagi tujuan perancangan dan pengawalan perniagaan setiap masa. Badan Kemajuan Industri Brunei [BINA] melalui Bahagian Kemajuan Koperasi telah, sedang dan akan terus mengendalikan bimbingan, pendidikan, latihan, seminar dan kursus kepada badan-badan koperasi dan pihak individu atau syarikat bagi mempertingkatkan lagi keberkesanan dalam aspek-aspek pengurusan pentadbiran dan kewangan. Disamping kursus perakaunan, bahagian koperasi juga memberikan taklimat, bengkel dan perjumpaan dari masa kesemasa dengan pihak pengurusan koperasi bagi menangani pelbagai isu atau masalah yang mungkin berbangkit dan jabatan BINA komited untuk mencari jalan penyelesaiannya untuk kemajuan gerakan koperasi dinegara ini. Dalam perkara ini, perakaunan adalah salah satu profesion yang penuh dengan cabaran dan kepuasan yang melibatkan penyimpanan rekod-rekod urusniaga kewangan yang boleh mempengaruhi sebuah organisasi dari segi penghasilan dan kedudukan kewangannya. Keperluan terhadap maklumat kewangan tidak terbatas kepada perusahaan–perusahaan perniagaan sahaja, bahkan juga memainkan peranan penting dalam jabatan-jabatan kerajaan, sekolah-sekolah atau apa-apa jua organisasi yang menjalankan aktibiti ekonomi. Unit Pendidikan dan Latihan adalah satu cabang dalam struktur Bahagian Kemajuan Koperasi yang berterusan menganjurkan program pendidikan dan latihan setiap tahun. Bermula March 2005, tujuh bentuk kursus sudah disenaraikan dan kursus perakaunan peringkat menengah sesi kedua akan dimulakan pada 2/5/2005 ini. Peserta kursus terdiri dari bendahari/penyimpan amanah, juruodit dalaman, tenaga kerja koperasi[kerani akaun] dan perseorangan. Ianya merupakan susulan dari kursus perakaunan peringkat asas dan akan diteruskan sehingga peringkat lanjutan pada Jun dan Julai akan datang ini. Kursus-kursus lain adalah seperti Perundangan Koperasi, Kefahaman Dan Pengenalan Koperasi, Kepimpinan Koperasi, dan Pengurusan Kedai Dan Kawalan Stok Koperasi. Lazimnya, kursus perakaunan samada di peringkat asas, menengah atau lanjutan dijalankan selama 10 hari berturut-turut dalam waktu bekerja. Oleh kerana pihak pengurusan koperasi memikirkan tempoh kursus terlalu panjang, maka pihak jabatan bersetuju untuk mengadakannya dalam dua sesi iaitu 5 hari bagi setiap sesi dan selebihnya disambung dua minggu kemudian bagi memberi masa yang cukup kepada peserta supaya mereka dapat mengikut pelajaran dengan baik dan berkesan untuk dipraktikkan didalam organisasi masing-masing. Dipihak pengurusan pula, kelonggaran tersebut membolehkan mereka mengambil alih sementara tugas yang ditinggalkan seketika dengan mengambil kira ianya tidak akan menjejaskan perjalanan pentadbiran koperasi masing- masing. Disamping itu, pihak jabatan juga mengadakan permuzakarahan dengan badan-badan koperasi dari masa kesemasa atau atas permintaan daripada badan-badan koperasi itu sendiri.

Sultanate’s cooperative sector 3rd most important engine of growth (BB - 7/4/07)
THE 8th Minister's Conference on Co-operative Legislation and Policy, themed, 'Fair Globalization through Co-operatives', was held at the Kuala Lumpur Convention Centre, from the 12th to 15th March, 2007. It was organized by the Ministry of Entrepreneur and Co-operative Development (MECD) of Malaysia.
The purpose of the conference is to catalyze multi-faceted growth and diversification of co-operatives, to analyze the effectiveness of government support to co-operatives in the form of capital, state subsidies, capacity building and infrastructural development as well as to guard autonomy of co-operatives in the garb of over dependence and complacency in co-operatives.
The international event was attended by representatives from government and co-operative movement from over thirty countries and was officiated by Dato' Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi, Prime Minister of Malaysia. It was participated by delegates from 32 countries representing ICA member countries, ministers from selected countries and observers from Afghanistan, Brunei Darussalam, Bhutan, Cambodia, Fiji, Laos, Mauritius, Mongolia, Palestine and United Arab Emirates.
Brunei Darussalam was represented at the conference by the Minister of Industry and Primary Resources, Pehin Dr. Haji Ahmad Haji Jumat. Accompanying him was the Permanent Secretary, Dato Paduka Haji Mohd Hamid Haji Mohd Jaafar, Acting Director of BINA, Pg Sharifuddin Pg Hj Matali and several senior officers of the ministry.
In his opening speech, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi said to ensure the long-term survival and relevance as a socio-economic movement, cooperatives must address several concerns such as a lack of uniformity in the development of cooperatives among the various sub-regions and countries of the Asia Pacific region.
He said although some cooperatives were global in their reach, they might not have fully addressed the effect of globalizations through the effective use of networking, the prime minister said. This resulted in cooperatives being unable to grow in size and operation to take advantage of the economies of scale which could then be translated into providing better service to members and the community at large, he added.
Ultimately, a significant number of cooperatives suffered from a serious lack of competitive, resilient and sustainable business operations. He said cooperatives must undertake specific measures to overcome several weaknesses such as adhering to basic administrative requirements which included holding general meetings and timely audit of accounts.
He further added that there must be a clear separation between the roles of the board which should concentrate on policy and the management which should focus on running the daily operation of the enterprise.
Meanwhile, in his speech, Pehin Dr. Haji Ahmad said co-operative sector in Brunei Darussalam has been recognized as the third most important engine of growth after the public and private sectors in Brunei’s national economy. Albeit small in its statistical figures in terms of the number of registered co-operatives, memberships, shares and capitals, Brunei will continue to undertake efforts to making co-operatives more competitive and grow them into a real and significant contributor to national economy.
In this regards, he said the ministry’s main focus of strategy was to provide an environment conducive to their success and development that would contribute to enhancing the socio-political stability of the country.
However, strengthening co-operatives was a challenging task, he added. The leadership of the co-operatives movement needs to be made aware of the many opportunities to develop their businesses. Co-operatives must leverage on their strengths and at the same time, they remained flexible and swift in responding to the domestic and global challenges. They must adhere to the core principles but professionally managed like any other global corporations.
On the other hand, a right balanced policy must be drawn for co-operative development that will not adversely disadvantage to other players in the economy such as SMEs, Pehin Dr. Haji Ahmad said. To support co-operative sector, His Majesty’s Government is providing various schemes for co-operatives to access loans and programs which will be periodically reviewed to ascertain their effectiveness. On the context of joining ICA (Geneva-based International Co-operative Alliance), Pehin Dr. Haji Ahmad was happy to note that the unification of co-operative movement has been facilitated through the proposed of the Brunei National Co-operative Federation (BNCF). The BNCF was scheduled to be officially launched sometimes in the middle of this year. In this respect, the ministry is grateful if ICA could extend its full support and assistance to pave the way for Brunei Darussalam to joint ICA in the near future.
On the sideline of the conference, Pehin Dr. Haji Ahmad and his Malaysian counterpart, Dato Seri Mohamed Khalid Nordin, Minister of Entrepreneur and Co-operative Development (MECD) took the opportunity to hold discussions on the possibility of forging joint cooperation between Co-operative College of Malaysia (CCM) and Brunei Industrial Development Authority (BINA) through Memorandum of Understanding (MOU).
The groundwork of the MOU has been discussed by CCM and BINA officials when both agencies exchanged working visits in August and December 2006. (CCM is under the Ministry of Entrepreneur and Co-operative Development (MECD) and BINA is under the Ministry of Industry and Primary Resources (MIPR).
With the signing of the MOU, CCM will provide assistance and expertise in areas of trainings for BINA officials as well as local co-operative bodies. With the availability of CCM branches in neighboring of Sarawak and Sabah, it is cost-effective for Bruneians to send their officials and staff to attend courses, workshops and seminars in these two countries once the MOU is inked.
The closing ceremony was officiated by Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, MECD’s Minister. In his closing remarks, he said advised co-operatives to look to the global markets and exert their global potential or risk being left on the sidelines.
He said enlightened co-operative members and leaders, enhanced entrepreneurship and a conducive environment were fundamental necessities to ensure that co-operatives continue to move forward. He added in order to compete in the global market, the-co-operatives, being business enterprises, should conform to the highest standards of professionalism and corporate governance. Therefore, new approaches should be introduced to ensure that co-operatives survive in the ever changing and challenging business environment such as forging strategic alliances with other parties to help promoting the interests of the co-operatives and its members.

Pehin Dr.Hj Ahmad with Dato Khalid Nordin at a dinner reception

At the end of the conference, a KL declaration was adopted and read out by the Secretary-general of the Entrepreneur Co-operative Development Ministry of Malaysia, Datuk Mangsor Saad.The declaration addresses:
1. The need to increase the participation of women and youths in the co-operative sector in efforts to ensure that co-operative movement contributes effectively to economic development. It also exhorts co-operative and government to strengthen management capacity, participatory governance and fair business relationship in ensuring the healthy functioning of the co-operative system through innovative strategies.
2. It also urges governments to catalyze the process or re-orienteering legislation and policy to strengthen the political and autonomous character of co-operatives and to provide a level playing field to enable them to compete in the global market.
3. Considering the dynamic changes and trends emerging in national economies, the Declaration also calls on both regional governments and co-operatives to periodically review the effectiveness of the legislation and policy and to introduce appropriate reforms.
4. The Declaration also affirms the participants' support to encourage co-operative entrepreneurship by inculcating entrepreneurial spirit and skills among the members, leaders and managers through education and training.
5. It confirms the participants' support for the co-operative movement as a sustainable and efficient institution through the attainment of economy of scale and strategic business alliances among co-operatives domestically and internationally.
6. It also states that there should be role clarity among different tiers to enhance the impact of the co-operative movement, besides harnessing the gains of fair globalization and liberalization for the benefit of members.

A cultural show

Sunday, April 1, 2007

Lubok Pulau goes green

Planting a tree

Women participants

Foliage adds gloss to mosque environs (BB-31/3/07)

THE Takmir Committee of Lubok Pulau Mosque is embarking on greenery drive to add gloss to its mosque environment. Apart from providing a natural shade, the campaign is aimed at cultivating a spirit of teamwork and devotion towards maintaining cleanliness among community members. In this regards, a tree planting activity kick off yesterday (30/3/07) at the mosque’s compound in Tutong. According to Imam Haji Hamaffi Md Yassin in his capacity as the chairman of the event, 32 saplings are planted in the first stage donated by local villagers. He said the committee has adopted a concept of ‘family friendly’ to flourish the mosque institution, bond fostering and reaching out to communities by giving them every opportunity to interact and contribute considerably in any activities organized by the committee annually. He added the project is carried out in stages and youths will be given a task to complete the second stage while the third stage to commence with fruit saplings. Earlier this year, the committee has successfully implemented a house to house religious activity to complement hari raya aidil adha occasion. Present as the chief guest at the event was Haji Haslan Haji Shahbudin, Tutong’s Religious Affairs Officer. Also present, Lubok Pulau Village Headman, Haji Yusof Haji Kamis, contributors and villager.

Landskap tanaman bunga cantikan kawasan masjid (MP - 31/3/07)

Antara kegiatan yang telah dirancang oleh Jawatankuasa Takmir Masjid Kampong Lubok Pulau ialah penanaman pokok bunga dan buah. Projek berkebajikan ini dihasratkan bukan saja untuk mencantikan kawasan masjid malahan juga bagi menyemai semangat bergotong-royong dan cintakan kebersihan kerana memuliakan masjid menjana kemakmuran masyarakat. Dalam hal ini, satu majlis penanaman pokok bunga telah dilangsungkan pagi ini (30/3/07) bertempat di kawasan persekitaran masjid itu. Menurut Haji Hamaffi Md Yassin, Ketua Iman Masjid Kampung Lubok Pulau yang juga selaku pengerusi majlis menerangkan sebanyak 32 pokok-pokok bunga yang ditanam dalam fasa pertama ini adalah hasil sumbangan atau wakaf dari jemaah masjid dan penduduk kampung berkenaan. Katanya, jawatankuasa takmir masjid telah menyusun rapi pelbagai program yang berkonsepkan “mesra keluarga” yang antara lain bertujuan bagi memakmurkan masjid, menjalin hubungan silaturrahim dan memberi peluang kepada warga kampung untuk sama-sama menyumbang buah fikiran dan tenaga dengan melibatkan diri dalam apa jua kegiatan yang dianjurkan oleh jawatankuasa berkenaan setiap tahun. Tambahnya, projek penanaman tersebut dikendalikan secara berperingkat dan ianya akan dilaratkan meliputi penanaman bunga fasa kedua yang akan diusahakan oleh belia-belia kampung dan fasa ketiga melibatkan penanaman pokok buah. Selain itu, pada awal tahun ini, jawatankuasa takmir masjid itu telah berjaya melaksanakan kegiatan keagamaan seperti berzikir dan takbir hari raya di rumah-rumah jemaah masjid. Hadir selaku tetamu kehormat dalam majlis itu ialah Haji Haslan Haji Shahbudin, Pegawai Hal Ehwal Masjid Daerah Tutong. Turut hadir ialah Haji Yusof Haji Kamis, Ketua kampung Lubok Pulau, para pewakaf dan penduduk kampung Lubok Pulau.