Para pelajar sambut Hari Raya di Brisbane
Namun bagi Muhammad Saufi, 23 tahun, mahasiswa tahun pertama yang menuntut di University Selatan Queensland (USQ), merasakan peluang berhari raya buat kali pertama di perantauan tetap mengembirakan kerana dapat berkumpul dengan rakan-rakan terutama sekali dalam majlis terbuka Hari Raya.
“Berpeluang bertemu dan beramah mesra dengan masyarakat Brunei sedikit sebanyak dapat mengubat rasa sedih dan rindu akan kampong halaman, “kata Muhammad Sufi.
Muhammad Sufi adalah diantara enam pelajar yang berjaya mendapat biasiswa Kerajaan bagi mengikuti kursus sarjana pertama dalam bidang perdagangan (pengurusan dan kepimpinan) di USQ. Kursus berkembar ini dimeterai diantara UBD dan USQ dan mengambil masa 4 tahun.
Muhammad Saufi berkata perjalanan menggunakan bas mengambil masa kira-kira 90 minit dari USQ ke Brisbane kerana ketiadaan perkhidmatan lain seperti sistem pengangkutan keretapi yang menghubungkan Toowoomba dan Brisbane. USQ terletak di Toowoomba kira-kira 132 km dari Brisbane.
Muhammad Saufi
Muhammad Sufi tidak bersendirian hadir di majlis rumah terbuka Hari Raya yang di adakan di Kelvin Grove. Rakan-rakan seperjuangan dari USQ seperti Siti Norsalizzaayati Abd Kudus, 22, and Norhashimah Amanuddin, 20 juga turut hadir bagi sama-sama memeriahkan sambutan tahun ini.
Nurizyyan
Bagi pelajar Universiti Teknologi Queensland (QUT) pula, Nurizzyan Sapar, 20, peluang menyambut Hari Raya memang dinanti-nantikan. “Tahun ini adalah kali pertama saya menyambut Hari Raya di negara asing. Walaupun suasana agak berlainan, namun kemeriahan tetap dirasakan,” jelas Nurizzyan, yang mengikuti kursus sarjana pertama dalam bidang kawalan pemakanan dan khasiat selama 4 tahun.
Rakan lain yang mengikuti kursus yang sama di QUT ialah Nazura Hamizah Salleh, 21. Bagi Nazura, tahun ini merupakan kali kedua menyambut Hari Raya di Brisbane, sementara seorang lagi, Dk Hjh Nur Hafilah Pg Hj Damit, 21, yang mengambil jurusan ekonomi dan kewangan, terpaksa melupakan hasrat berhari raya di sisi keluarga buat kali kedua tahun berturut-turut.
Majlis sambutan Hari Raya itu telah dihadiri oleh kira-kira 60 orang terdiri dari mahasiswa dan mahasiswi Brunei mewakili Universiti Queensland (UQ), QUT dan University Griffith (GU), ahli keluarga dan masyarakat Malaysia. Majlis berkenaan adalah anjuran masyarakat Brunei yang mendiami Perkampungan Kelvin Grove dan telah diadakan pada hari pertama dan ke enam Hari Raya.