Thursday, May 17, 2007

Sekolah Menengah Muda Hashim juara pertandingan Futsal (MP-8/5/07)

TUTONG, Selasa – Sekolah Menengah Muda Hashim Tutong (SMMHT) menjuarai pertandingan Futsal Sekolah-Sekolah Menengah dan Maktab-Maktab Zon 3 bagi Daerah Tutong yang berlangsung di Kompleks Sukan Daerah Tutong petang tadi.

SMMHT menggondol 2 kejuaraan iaitu dalam kategori B bagi mereka yang berumur 15 tahun kebawah dan Kategori C bagi lingkungan umur 16-17 tahun dengan menewaskan lawan masing-masing dari Sekolah Menengah Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS).

Dalam perlawanan akhir itu, SMMHT (Kategori B) berjaya mengalahkan Sekolah Menengah RIPAS dengan gol kemenangan dijaringkan dimasa tambahan setelah terikat dengan jaringan 2-2 dalam masa sebenar untuk menjadikan kedudukan akhir 3-2. Manakala, SMMHT (Kategori C) menang mudah terhadap lawan mereka juga dari Sekolah Menengah RIPAS dengan jaringan 3-0.

Hadiah-hadiah disampaikan oleh tetamu kehormat, Pemangku Penolong Pengarah, Jabatan Pendidikan Kokurikulum, Kementerian Pendidikan, Cikgu Ali Haji Ismail diakhir pertandingan. Pertandingan dikelolakan oleh Mahad Islam Brunei Tutong yang menyaksikan penyertaan sembilan buah sekolah dan maktab di Daerah Tutong. Para pemenang akan mewakili Daerah Tutong diperingkat akhir dalam kategori masing-masing yang akan diadakan kemudian.

SMMHT menjaringkan gol ketiga dalam Kategori C

No comments: