Wednesday, April 25, 2007

Baitul Banafsaji pertahan kejuaraan SUTMA ke-16
BUAT tiga tahun berturut-turut, pasukan Baitul Banafsaji atau Rumah Unggu berjaya mempertahankan kejuaraan yang dimenanginya sejak tahun 2005 dalam kejohanan Sukan Mahad Islam Brunei (SUTMA) kali ke-16. Kemuncak kejohanan antara rumah-rumah itu diadakan pada 21/4/07 yang lalu di Stadium Mini Penanjung Garrison di Daerah Tutong.

Tetamu kehormat melancarkan kejohanan SUTMA
Pertandingan tahun ini menyajikan satu kelainan dari segi panggilan nama-nama pasukan yang mengambil bahagian. Di samping terkenal dengan gelaran pelbagai warna, kali ini pasukan mereka boleh juga dikenali dalam bahasa Arab yang mempunyai makna yang sama seperti dalam bahasa Melayu. Sebanyak enam acara sukan dipertandingkan sejak bermula bulan Februari lalu termasuk bolasepak, badminton, sepaktakraw dan satu acara baru diperkenalkan di kejohanan tahun ini iaitu tenpin bowling. Dalam acara akhir, dua acara mengambil tempat dalam acara belapan dan padang dan tarik kalat.

"saya sampai dulu"
Walaupun Baitul Azraq (Rumah Biru) tidak berjaya merangkul juara keseluruhan namun mereka mampu menyaingi Baitul Banafsaji dalam jumlah pungutan mata. Dalam acara tarik kalat pula, Baitul Azraq berjaya menumpaskan musuh tradisi mereka itu apabila kedua-dua pasukan dipertemukan diperingkat akhir.

Banafsaji berhempas pulas sebelum kalah kalah kepada Baitul Azraq

Di akhir pertandingan, Baitul Banafsaji berjaya mengutip 85 mata. Hanya ketinggalan dua mata dibelakang ialah Baitul Azraq dengan mengumpul 83 mata manakala ditempat ketiga disandang oleh Baitul Akhdar (Rumah Hijau) yang mengumpul 82 mata. Pasukan lain yang bertanding ialah Baitul Asfar (Rumah Kuning) dan Baitul Ahmar (Rumah Merah). Di samping acara-acara utama di peringkat akhir, tiga lagi kategori dipertandingkan iaitu bahagian logo terbaik, perbarisan terbaik dan bahagian ketertiban, kebersihan dan perhiasan terbaik. Baitul Azraq disiytiharkan pemenang bahagian logo terbaik, Baitul Ahmar menjuarai bahagian perbarisan manakala Baitul Akhdar mengondol bahagian ketertiban, kebersihan dan perhiasan terbaik. Tetamu kehormat, Awang Haji Haris Othman, Pemangku Pegawai Daerah Tutong dan Pengetua maktab, Usatazah Hajah Omi Klsum Haji Mohd Noor menyampaikan hadiah-hadiah kepada para pemenang dipenghujung sukan tahunan itu.

No comments: