Wednesday, April 25, 2007

Hamster ganjil
Jika dilihat sepintas lalu gambar hamster ini, tidak ada kelainan atau perkara luar biasa yang boleh digambarkan bagi menceritakan segalanya. Bagaimanapun, jika diamat-amati, objek seakan-akan bentuk taji ayam kelihatan menjulur keluar dari bahagian bawah mulut binatang kecil ini.

Taring tertonjol dari celah leher

Menurut pemiliknya yang berasal dari Kg Lambak, beliau hanya menyedari keganjilan yang terjadi keatas salah seekor dari hamster peliharaannya beberapa hari lalu ketika memberinya makan. Beliau mendapati objek seperti taring menonjol keluar dari bahagian leher. Pada mulanya, beliau menyangka objek itu sisa makanan tetapi setelah diteliti dengan jelas, benda menyerupai tulang berukuran kira-kira 3 inci seakan-akan terpacak dari celah leher. Menurutnya lagi, beliau tidak pernah melihat ‘tulang tambahan’ seperti itu terjadi keatas hamster miliknya dan setelah memeriksa hamster peliharaannya yang lain, beliau mendapati tidak seekor pun yang menunjukkan keganjilan. Selain menjadi haiwan peliharaan, beliau percaya hamster juga memiliki nilai-nilai eksperimen. Misalnya, ujian boleh dibuat keatas binatang tersebut bagi menentukan jangka hayatnya dengan kaedah pengasingan secara individu atau berkumpulan dan memberinya bekalan makanan protein atau daun-daunan dan buah-buahan sahaja. Menurutnya lagi, hamster yang menjadikan daun-daunan atau buah-buahnya sebagai makanan utama akan hidup lebih lama berbanding dengan hamster yang dibekalkan dengan protein.

No comments: