Monday, April 9, 2007

Mp - 14/10/05

Agenda habitat sasar tindakan global

NEGARA Brunei Darussalam menyertai negara-negara lain di seluruh dunia memperingati Hari Habitat Sedunia yang jatuh pada 3hb Oktober lalu. Tahun ini merupakan kali ketujuh sambutan seumpamanya di adakan di negara ini yang diraikan pada setiap hari Isnin minggu pertama bulan Oktober setiap tahun. Untuk memeriahkan Hari Habitat Sedunia itu, satu pameran “Habitex 2005” telah berlangsung di Mall, Gadong bermula 6hb hingga 12 hb Oktober yang baru lalu. Ianya di anjurkan oleh Jabatan Kemajuan Perumahan, Kementerian Pembangunan dengan tema “The Millennium Development Goals and City.” Pameran yang di sertai oleh sepuluh buah syarikat tempatan itu mempamirkan pelbagai produk terkini dan barang-barang terbaru dalam industri pembinaan dan kejuruteraan termasuk penyertaan dari institusi perbankan.
Habitat adalah satu istilah sains untuk tempat hidup atau persekitaran semula jadi bagi benda-benda yang bernyawa. Walau bagaimanapun Habitat yang dititikberatkan oleh Suruhanjaya Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu Bagi Penempatan Manusia (United Nations Commission for Human Settlements, UNCHS-Habitat) ialah berkaitan dengan rumah dan seluruh persekitaran hidup manusia di seluruh dunia.

Pengguna bebas memilih cat dengan mesin “paint mixer” terbaru
Suruhanjaya Penempatan Manusia PBB tersebut telah memperkenalkan Agenda Habitat yang menjurus kepada pelan tindakan global yang mengandungi matlamat, prinsip, komitmen dan strategi untuk mewujudkan penempatan manusia yang teratur. Dua aspek utama di beri penumpuan penuh iaitu menyediakan tempat perlindungan yang mencukupi untuk semua [shelter for all] dan membangunkan penempatan manusia yang mampan dalam persekitaran perbandaran.
Di negara ini, kerajaan sentiasa memberi keutamaan kepada penyediaan tempat tinggal yang selesa dan teratur bagi meningkatkan kualiti kehidupan rakyat dan penduduk. Sejajar dengan matlamat itu, penyediaan kemudahan perumahan bagi mereka yang berkelayakan adalah menjadi keutamaan Jabatan Kemajuan Perumahan. Di samping itu, jabatan tersebut juga telah dan sedang merancang pelbagai pelan strategik bagi menangani isu-isu perumahan termasuk mengkaji cara baru dari masa ke semasa bagi memenuhi keperluan tempat kediaman atau perumahan yang semakin meningkat.

Permintaan produk berkualiti semakin meningkat seiring dengan pertambahan jumlah rumah
Pihak penganjur juga telah menyediakan beberapa aktiviti dan program lain yang dijangka akan berjalan selama enam bulan bagi menyemarakkan lagi suasana sambutan Hari Habitat Sedunia tahun ini seperti forum, penerangan bergerak [jerayawara], walkaton dan sebagainya.

1 comment:

Anonymous said...

top [url=http://www.001casino.com/]casino online[/url] coincide the latest [url=http://www.casinolasvegass.com/]casinolasvegass.com[/url] free no consign bonus at the leading [url=http://www.baywatchcasino.com/]casino perk
[/url].