Monday, April 9, 2007

MP - 3/10/05

Pemanduan berhemat kunci keselamatan di jalanraya
Kemalangan jalanraya telah mengakibatkan kerugian dan kerosakan harta benda kepada banyak negara di serata dunia. Ianya melibatkan kecederaan, penderitan dan kematian, namun demikian keinginan terhadap perjalanan yang selamat dan lancar tetap menjadi satu hasrat pihak kerajaan dan juga setiap individu pengguna jalanraya.
Memandu cuai dan tidak mematuhi peraturan jalanraya merupakan faktor utama menyumbang kepada peningkatan kemalangan di jalanraya. Kempen-kempen kesedaran tentang kepentingan menjaga keselamatan di jalanraya melalui latihan, pendidikan dan publisiti sering dianjurkan oleh agensi-agensi kerajaan, badan-badan berkanun dan pihak individu dengan tujuan yang sama iaitu memberi pendedahan agar mempunyai sikap dan kemahiran yang baik ketika berada di jalanraya.

Imam Haji Hamafi selaku pengerusi majlis
Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Kampong Lubok Pulau dan Pejabat Hal Ehwal Masjid Daerah Tutong baru-baru ini telah menganjurkan pertandingan “Kecekapan Memandu” bagi belia-belia masjid, surau dan balai ibadat di Daerah Tutong. Atas kejayaan penganjuran kali pertama ini dan dengan sokongan padu dari semua pihak jua, pertandingan kecekapan memandu ini akan di laratkan ke empat-empat daerah tahun depan.
Bisai paking ku ani kah....
Pertandingan itu dijalankan di kawasan letak kereta masjid berkenaan dan merupakan salah satu aktiviti yang senghaja diselitkan tetapi impaknya sangat besar terhadap setiap individu. Penyertaan belia-belia amat sesuai sekali kerana pendedahan lebih awal tentang aspek-aspek peraturan dan keselamatan di jalanraya akan membantu golongan ini memainkan peranan dan tanggujawab mereka dengan berkesan di masa akan datang.
Secara amnya, pemanduan yang dapat mengelakkan dan menyelamatkan dari berlaku kemalangan adalah pemanduan yang berhemat. Ia meliputi pengetahuan, kemahiran dan sikap yang betul ketika memandu. Ianya juga bermaksud pemandu bersedia menghadapi keadaan halangan yang disebabkan oleh pemandu lain atau keadaan jalanraya melalui teknik mengenalpasti, meramal, membuat keputusan dan bertindak.

Biut jua paking ani, nada pas nie...
Banyak perkara yang boleh di kategorikan sebagai pemanduan yang berhemat. Misalnya Sebelum memulakan perjalanan seseorang pemandu hendaklah merancang perjalanan. Perjalanan yang dirancang dengan betul boleh melahirkan perjalanan yang sempurna dan menyeronokkan. Ini termasuklah masa perjalanan, keadaan mental dan fizikal, keadaan kenderaan [pre driving check] , tempat berhenti rehat dan barang keperluan perjalanan.
Apabila seseorang pemandu mempunyai cukup pengetahuan, kemahiran dan bersikap positif serta merancang perjalanan, ia akan menjadi seorang pemandu yang sempurna 'perfect driver'. Pemandu sempurna tidak akan terlibat di dalam melakukan perkara-perkara seperti kmalangan, melakukan kesalahan lalulintas, menyalahgunakan kenderaan, melewatkan jadual perjalanan dan menghilangan sifat kesopanan.
Pertandingan itu di bukakan kepada mereka yang sudah mempunyai lesen memandu yang mewakili masjid, surau dan balai ibadah di Daerah Tutong dengan peringkat umur yang ditetapkan oleh pihak penganjur. Walaupun banyak peserta yang mengikuti aktiviti masjid ini masih di bawah umur dan tidak layak menyertai pertandingan tapi sekurang-kurangnya mereka telah di beri pendedahan awal melalui ceramah motivasi, penerangan tentang peraturan dan keselamatan di jalanraya dan bimbingan dari agensi-agensi yang terlibat sama menjayakan program berkenaan.
Mengenai dengan tujuan utama program ini di anjurkan ialah bagi mendedahkan para belia akan keistemewaan jalan raya kepada pengguna. Penggunaan jalanraya yang cuai akan mengundang bahaya kepada pengguna-pengguna itu sendiri dan orang lain. Para belia juga berpeluang untuk mengulangkaji secara praktikal memandu mengikut sistem yang betul dan mendapat pengetahuan tentang ciri-ciri keselamatan di jalanraya yang digalakkan seperti memandu kereta yang tidak di ubah suai dan seumpamanya.
Di samping itu, para belia di dedahkan dengan fungsi-fungsi masjid sebagai tempat beribadah, berperanan sebagai insititusi pendidikan untuk memberi pendidikan agama yang mana melibatkan semua golongan, kanak-kanak, muda dan generasi tua. Masjid juga berfungsi untuk menguatkan lagi hubungan kekeluargaan dan masyarakat Islam. Kekukuhan institusi keluarga ini perlu kerana ia merupakan asas keharmonian masyarakat dan negara. Keluarga yang harmoni akan dapat membina masyarakat cemerlang di samping sebagai sumber rujukan dan penyebaran maklumat kepada masyarakat Islam.

No comments: