Monday, April 9, 2007

MP - 5/10/05

Lawatan JPK Sarawak ke Brunei Darussalam
JABATAN Pembangunan Koperasi Sawarak [JPK] telah mengadakan lawatan resmi ke negara ini pada 29hb September 2005 yang baru lalu. Rombongan yang di ketuai oleh Pengarah JPK Sarawak, Haji Musa Nasri itu memulakan aturcara lawatan dengan berkunjung ke Syarikat Kerjasama Kampong Tanjong Nangka [SATENAGA]. Mereka di berikan taklimat mengenai sejarah dan latarbelakang koperasi oleh Setiausaha SATENAGA, Dr.Haji Tudin Ahad. Kemudian rombongan di bawa melawat ke Pasar Tani SATENAGA yang terletak di Kampong Sengkurong di mana ahli-ahli JPK Sarawak berpeluang melihat lebih dekat urusan perniagaan di pasar borong tersebut. Lawatan seterusnya ialah ke Koperasi Badan Kebajikan Sukan dan Sosial, Kementerian Kesihatan [BKSS] di Hospital RIPAS. Peserta rombongan mendengar taklimat mengenai koperasi berkenaan oleh Pengurus Perniagaan BKSS, Haji Mun Taha BPKDP Haji Md Said. Di sebelah petang pula, JPK Sarawak melawat Badan Kemajuan Industri Brunei [BINA] yang ber ibu pejabat di Beribi, Gadong. Pengarah BINA, Haji Mohd Zain Haji Abd Ghafar menyampaikan taklimat tentang sejarah, fungsi dan peranan jabatan itu. Rombongan juga berkesempatan menyaksikan pertunjukan video yang berkisar mengenai pembangunan industri dan perkembangan gerakan koperasi di negara ini. Kemudian rombongan melawat ke pejabat Koperasi TASAMUL yang terletak di kawasan perniagaan Kampong Kiulap. Di sini, taklimat di sampaikan oleh Pengerusi Lembaga Pengarah TASAMUL, Awang Haji Abdul Hakip Haji Burut.

Rombongan JPK Sarawak mendengar taklimat di Koperasi TASAMUL
Lawatan terakhir rombongan membawa mereka ke Koperasi Universiti Brunei Darussalam [UBD]. Bendahari koperasi itu, Haji Abd Razak Bendahari Haji Abd Ghafar memberikan taklimat kepada rombongan dari JPK Sarawak itu.

Rombongan JPK Sarawak melawat kedai buku Koperasi UBD
Antara tujuan lawatan JPK Sarawak ke negara ini ialah untuk melihat sendiri perkembangan gerakan koperasi di Brunei Darussalam sambil bertukar-tukar buah fikiran dan berkongsi pengalaman dengan rakan-rakan seangkatan mereka dari negara ini.

No comments: