Monday, April 9, 2007

MP - 2/11/05

“Last minute shopping” gamatkan persiapan hari raya
MENJELANG saja sambutan Hari Raya, lagu-lagu raya bukan saja berkumandang di corong radio malahan memenuhi setiap ruang gedung membeli-belah. Seni kata lagu-lagu yang menggambarkan kegembiraan dan hiba itu sesekali mengundang nostalgia bagi sesetengah pengunjung yang membanjiri gedung-gedung perniagaan samada di ibu kota atau pun pusat-pusat komersial yang lain. Suara-suara DJ turut menghangkatkan suasana “shopping spree” di gedung-gedung perniagaan dengan mempromosikan pelbagai barangan terbaru, terlaris dan potongan terhebat. Beberapa buah gedung perniagaan juga tidak mahu melepaskan peluang keemasan ini dengan mengadakan “midnight sales” bagi menarik seberapa ramai pengunjung untuk berbelanja di gedung-gedung perniagaan mereka.

SESAK: Sebilangan besar jalan-jalan utama dipenuhi kenderaan menjelang hari lebaran
Begitu juga dengan ejen-ejen kereta yang menawarkan hadiah utama bagi setiap pembelian kereta yang berbentuk barangan istimewa dan wang tunai bagi para pembeli yang berjaya memenangi cabutan bertuah. Bagi perniagaan kedai jahit dan kuih-muih pula, tempahan yang luar biasa menyebabkan para pekerja terpaksa bersekang mata bagi memenuhi tempahan para pelanggan yang setia.

RAMAI: susana membeli belah di saat-saat akhir menambah kemeriahan hari raya.
Memang tidak di nafikan, perkataan “Hari Raya” membawa pengertian yang indah dan begitu sinonim dengan pelbagai aktiviti yang melambangkan kemeriahan. Persediaan peralatan baru seperti kain langsir, kusyen, baju raya, perabut serta kelengkapan baru adalah tanggungjawab rutin di setiap hari raya.
Bagi keselamatan dan keselesaan pemanduan, kereta perlu di hantar untuk di servis dan diperiksa bagi menghadapi perjalanan yang jauh dan lebih kerap ketika berkunjung kerumah sanak saudara dan sahabat-handai. Bagi golongan kanak-kanak pula, tidak akan sempurna kalau tidak ada bunga api atau badil dan duit raya.

SIBUK: Kereta di beri perkhidmatan terbaik menjelang Syawal

Hakikatnya, kesibukan membuat persediaan akhir menjelang hari raya adalah perkara biasa berlaku bukan saja di negara ini bahkan di negara-negara lain. Ianya tidak terbatas kepada perayaan hari raya semata-mata bahkan senario yang sama juga dapat disaksikan dalam perayaan-perayaan yang lain. Tidak keterlaluan di katakan bahawa kemeriahan hari raya berkait rapat dengan aktiviti membeli belah di saat-saat akhir.
Dengan kata lain, “last minute shopping” seolah-olah sudah menjadi satu trend atau kemestian yang menyumbang kepada kegembiraan dan keseronokan berhari raya itu sendiri. Tidak hairlanlah sebahagian besar laluan jalanraya utama mengalami “kebanjiran” disebabkan pertambahan jumlah kereta yang mendadak bilamana para pengunjung berduyun-duyun menuju ke pusat-pusat membeli belah untuk mendapatkan barangan keperluan dengan cepat sebelum kehabisan dan dapat menikmati potongan harga yang menarik.
Di samping keseronokan membuat persiapan rapi untuk menyambut hari lebaran ini, para pengguna perlu juga mengawal perbelanjaan dan sentiasa berjimat-cermat agar tidak membebankan diri sendiri dan keluarga. Kemeriahan berhari raya hanya bersifat sementara tapi kesan dari berbelanja berlebihan untuk barangan yang tidak perlu akan mendatangkan kemudaratan untuk jangka panjang. Kawalan aliran wang keluar yang teratur perlu di beri penekanan khusus bagi mengelakkan pembaziran bukan hanya di musim perayaan malahan di hari-hari yang lain.
Dalam pada itu, usaha bersama oleh agensi-agensi kerajaan dan swasta dengan mewujudkan suasana kegiataan perekonomian yang kondusif memang di sambut baik oleh semua rakyat dan penduduk terutama sempena sambutan hari raya tahun ini. Jika kita berbelanja di negara sendiri, volume perniagaan akan turut meningkat dan para peniaga berpeluang membawa masuk lebih banyak barangan berkualiti dari luar negeri.
Justeru, para peniaga akan dapat menawarkan harga-harga barangan yang lebih murah dan kompetitif kepada mereka yang setanding dengan barangan yang di beli di luar negeri. Di waktu yang sama, peluang-peluang pekerjaan dapat di wujudkan dengan pertambahan bilangan pusat-pusat komersial bagi menampung keperluan pekerjaan untuk anak-anak tempatan sekaligus membantu penjanaan pertumbuhan ekonomi negara.

No comments: