Monday, April 9, 2007

MP - 26/9/05

Lawatan muhibbah eratkan hubungan silaturrahim
SATU lawatan muhibbah ke Sabah anjuran ahli jawatankuasa Takmir Masjid Kampong Beribi telah diadakan pada 12 hingga 14 hb September 2005 yang lalu. Perjalanan menaiki bas itu mengambil masa lebih kurang 8 hingga 9 jam untuk sampai ke destinasi yang di tuju. Lebih 25 orang mengikuti rombongan tersebut yang di ketuai oleh Haji Mirasin Momin, Penolong Setiausaha dan disertai oleh ahli-ahli jawatantkuasa Masjid Kampong Beribi, penduduk-penduduk kampong dan sekitarnya. Turut serta dalam rombongan termasuklah Imam Masjid Kampong Beribi, Haji Abd Wahab Haji Mohd Daud. Lawatan bertujuan untuk mengeratkan tali persaudaraan di antara sesama Islam, melihat perkembangan serta kemajuan kegiatan keagamaan di Sabah serta bertukar-tukar pandangan dan fikiran di antara peserta rombongan dengan peserta tuan rumah.
Ianya juga di hasratkan untuk memberi peluang kepada belia-belia masjid supaya berminat dalam kegiatan-kegiatan yang berfaedah dan aktivit-aktiviti yang mampu menjana pemikiran di samping menambah ilmu pengetahuan dalam bidang ugama, adat resam dan kebudayaan penduduk setempat melalui lawatan-lawatan yang di buat.

Tim Pengerusi MUIS menyampaikan cenderahati kepada Imam Masjid Kg Beribi
Tumpuan utama lawatan ialah ke Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) yang beribu pejabat di Kota Kinabalu. Rombongan di sambut sebaik-baik saja tiba di bangunan MUIS oleh pegawai-pegawai tuan rumah dan seterusnya di berikan penerangan tentang sejarah, peranan dan fungsi badan berkenaan oleh Timbalan Pengerusi MUIS, Abd Rashid Yusof.
MUIS telah di tubuhkan pada 15hb September 1971 dan adalah merupakan sebuah organisasi model yang bertanggungjawab menyatukan umat Islam di Sabah untuk mendaulatkan Syariah dan syiar Islam serta mengangkat martabat ummah ke arah mencapai kebahagian dunia dan akhirat berasaskan pemantapan dakwah dan tarbiyyah melalui pengurusan yang cemerlang.

Rombongan bergambar ramai di hadapan bangunan MUIS
Penubuhan MUIS juga berfungsi sebagai memenuhi aspirasi kerajaan dan khususnya masyarakat Islam Sabah yang ingin melihat agama Islam terus terpelihara sebagai agama rasmi di samping memastikan hal ehwal dan kebajikan umat Islam tidak terabai. Menurut beliau lagi, dasar dan peranan MUIS itu memberi laluan kepada pengeksploitasikan sepenuhnya dana, tenaga, prasarana dan kemampuan untuk menyebarkan dan meningkatkan syiar Islam sebagai langkah ke arah peningkatan harakat dan martabat ummah.
Antara objektif penubuhan MUIS pula ialah mengawal dan mentadbir hal-hal kewangan termasuklah menyediakan peruntukan, mengawal perbelanjaan termasuk mentadbir pungutan dan pengagihan wang zakat dan fitrah, menyedia dan memberikan pendidikan dan pengetahuan agama kepada masyarakat Islam termasuklah kanak-kanak dan orang dewasa. Ianya juga bertanggungjawab melaksanakan pentadbiran Syariah dengan penguatkuasaan undang-undang Syarak melalui bahagian-bahagian dan institusi-institusi tertentu seperti Mahkamah Syariah, unit Nikah, Cerai dan Rujuk, Unit Penguatkuasaan dan Pendakwaan, dan lain-lain. Rombongan tersebut juga berkesempatan melawat tempat-tempat menarik yang lain seperti Masjid Utama Negeri Sabah, Muzium Negeri, Muzium Tamadun Islam dan Bangunan Yayasan Negeri Sabah.
Adalah menjadi harapan ketua rombongan lawatan seperti ini akan di laratkan juga ke institusi-institusi yang lain samada dalam atau luar negeri. Jalinan kekeluargaan melalui lawatan mampu mencetuskan idea-idea yang baru dan bernas untuk di jadikan sebagai titik tolak ke arah hubungan yang lebih kukuh di masa akan datang.

No comments: